PANTANG LARANG KETIKA BERPANTANG by Kelab Ikhtiar Hamil


"PANTANG LARANG KETIKA BERPANTANG"
.
Ibu-ibu sedang berpantang
Kena pantang betul-betul
.
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin
.
Antara pantang larang org tua2.
Mungkin ada sebb tak boleh lakukan itu dan ini kan☺
.
Amalan berpantang selepas bersalin perlu diambil berat oleh para ibu.

Perlu diingat...
Badan memerlukan masa yang cukup dan penjagaan yang rapi untuk pulih sepenuhnya.
.
.
12. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja 
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya. 
.
13.Cara Mandi

Daun nangka, daun panda, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu yang baru bersalin.

.


Ibu-ibu selepas bersalin, hendaklah mandi dengan cara duduk di bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
.
Sebelum mandi, hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih.
.
Guna menyembuhkan luka-luka selepas bersalin. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
Ratakan air di seluruh badan jangan sampai menggigil dan kesejukan.
.
Mandi pada setiap pagi dan petang.
Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu. Atau beli yang dah siap set 
https://shope.ee/8UbSJFokFi  Tekan sini



14. Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah di larang bagi ibu-ibu di dalam pantang.
Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
.
Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
.
=>Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang. 
.
=>Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik. 
.
=>Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar. 
.
=>Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. 
.
=>Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari , pagi dan petang selama sebulan. 
.
=>Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut. 
.
=>Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan. 
.
.
=>Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. 
.
=>Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari. 
.
=>Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. 
.
=>Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan. 
.
=>Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
.
.
Semasa berpantang, kita harus berpada-pada dengan aktiviti seharian. Jangan pula buat-buat tunjuk kuat. Kita tak tahu luka dalaman yang masih belum pulih. Kalau luka luaran, bolehlah cepat sembuh sebab terdedah dengan udara dan cepat kering. Kalau luka di dalam? 
.
.
.
Mintalah bantuan suami ataupun orang yang menjaga kita semasa dalam pantang. Ambil lah supplemen untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman..
.
Bagi ibu yang sedang atau akan berpantang, jom baca artikel ini untuk rujukan anda.

Selamat berpantang ye!
.
Wallahualam..
.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Anak Sembelit Bila Tukar Susu

Apa Itu Let Down Refleks Pada Ibu Menyusu?

Tips Penggunaan Flashcard Yang Betul Untuk Merangsang Otak Anak Dengan Cepat!