TEMPAT PELANCONGAN DI MARANG,TERENGGANU





 Tempat menarik di Marang,Terengganu . 📌

Jika datang HARUS DIKUNJUNGI,ini antaranya


Pulau kapas

Pulau yang terletak di pesisir pantai di daerah Marang
Lebih kurang 30 minit dari jeti ke pulau.
Boleh bermalam atau balik hari boleh contact abg zahar  Tekan sini untuk transport dan chalet







Pantai Pulau kekabu

Tempat riadhah, santai, healing
Mempunyai pantai yang landai untuk mandi pantai
Juga terdapat gerai makanan dan minuman
Disini juga tempat para pemancing untuk memacncing ikan seperti kerapu, jenahak, siakap putih dan merah, ebek, gerong belang


Pine hill

Pinehill yang terletak di atas bukit di kampung kelulut.
Menjadi tempat kunjungan penduduk setempat kerana anggurnya.boleh merasa anggur fresh dari pokok ala-ala cameroon


Zoo mini 





Terletak di kampung tokdir berdekatan dengan kampung kedai buluh.
Banyak haiwan seperti kuda, lembu, kerbau, burung parrot,dan lain-lain



Tempat ini sangat menarik kerana dikelilingi sawah serta seperti kehidupan di kampung


Marang Atv Eco Tour 



Berada di kampung undang, dibuka setiap hari tetapi perlu ditempah sebelem menyewa. Menikmati keindahan hutan serta sawah



Benteng pulau kekabu

Terletak di Pulau kekabu serta Pantai Seberang Marang,menjadi trek joging pada waktu pagi dan petang, serta tempat menarik untuk bergambar ketika sunrise dan sunset. 
Tempat yang sangat popular dikalangan pemancing
Tapi harus berhati disini dengan keadaan batu serta lubang


Pelabuhan nelayan seberang marang
Perkampungan nelayan ini hanya seberang sungai dari Pulau kekabu. Suasana matahari jatuh yang menarik untuk bergambar lanskap bersubjek Masjid Sultanah Nur Zahirah atau Masjid Marang berlatar belakang sunset. Juga terdapat aktiviti memanah serta benteng pemecah ombak


Nasi dagang atas tol
Takperlu huraikan lagi. Memang destinasi utama pelancong ke Negeri Terengganu. 
Salah satu kedai makanan traditional Terengganu yang sedap yang perlu dicuba oleh pengunjung.
Jika melancong dalam berkumpulan eloklah tempah terlebih dahulu. Atau boleh beratur seusai solat subuh. Ada surau ya di belakang kedai ni

Keropok 008
Antara kedai keropok yang paling popular kerana keropok yang lebih isi dari sagunya. 
Boleh beli banyak2 dan bawak balik ke rumah. 
Selain keropok 008 , keropok pok tar di Kampung Darat Pak Chan juga menjadi destinasi pelancong untuk membeli keropok lekor


JUALAN Kraftangan Dan hasil laut


menjadi satu kemestian untuk yang berkung ke Terengganu untuk membeli ole-ole.
kedai ini berada di sepanjang jalan antara kg Cendering ke kampung Pulau Kerengga.


antara biasa dibeli ialah penyu, bakul rotan, baju, ikan kering, dan lain-lain


Pasar Marang
Dibuka setiap hari, pagi sabtu dan rabu serta petang ahad adalah kemuncak waktu ramai peniaga menjual.terdapat hasil laut segar, makanan traditional termasuk kuih muih,buah serta sayur


Waterfront marang
terletak besebelahan dengan Pasar Marang,terdapat taman permainan kanak-kanak.restoran d'besi juga berada disini. makanan yang sedap serta tempat menarik untuk healing.


Penjara Marang
terletak di Kampung Pulau Kerengga.boleh berkunjung pada waktu pejabat. juga boleh membeli hasil tangan penghuni penjara seperti baju.kerusi.dan lain-lain


Dataran Batu Putih
Dataran ini terletak di pedalam Batangan.perjalanan ke tempat ini sangat indah kerana kawasan bukit serta pokok sepanjang perjalanan.Batu Putih juga terkenal dengan air tuak@nira kelapa serta nisan dan beberapa produk berasaskan kelapa dan nipah
Banyak pondok disediakan untuk pengunjung, waktu saranan untuk berkunjung ialah pukul 5petang hingga 8malam. banyak juga gerai jualan seperti lokan, air tuak, nisan dan lain-lain

Comments

Popular posts from this blog

Tonsil Anak Bengkak?

Hamil Dengan Mengenal Pasti Hari Ovulasi Anda